Tentang Title Geran Tanah di Sabah:
NT = Native Title
FR = Field Register
TL = Town Lease
CL = Country Lease
PL = Provisional Lease
Manakala beza diantara Freehold dan Leasehold adalah seperti di bawah:
Freehold / pegangan kekal
• Native Titles (N.T)
• Field Registers (F.R)
Leasehold / Pegangan pajakan
• Town Lease (T.L)
• Country Lease (C.L)
• Provisional Lease (P.L)
Geran Tanah status (NT & FR) boleh dimiliki oleh orang Sabah sahaja.
Manakala yang berstatus (TL, CL & PL) boleh dimiliki oleh orang Sabah & termasuklah orang LUAR.
Tanah yang berstatus NCR ialah tanah adat yang diwarisi sejak turun temurun.
Ada juga tanah yang berstatus (PT/RSP/LUC DLL) adalah tanah baru yang belum mempunyai geran & memerlukan ULASAN dari JTU (Jabatan Tanah dan Ukur) untuk mendapatkan @ mengUpgrade tanah samada ke (CL/NT & Sebagainya)
No comments:
Post a Comment